Wednesday, October 28, 2009

Latar Belakang

Bermula pada 29 September 2001, saya hanya memiliki 4 ekor kambing sahaja iaitu 3 ekor betina dan 1 ekor jantan. Hasil pembiakan dan kacukan yang dihasilkan, kini saya telah mempunyai sebanyak kira-kira 700 ekor kambing termasuk dari baka kacuk Jamunapari, Boer, Anglo Nubian dan Katcang (kambing kampung).Sejak 1 1/2 tahun kebelakangan ini projek ini telah berkembang pesat sehingga diketahui oleh ramai pihak dan jabatan-jabatan yang berkaitan malah pernah dikunjungi oleh pelancong luar negara.Semua kambing-kambing dipelihara secara separa intensif. Kini saya memiliki 2.5 ekar kawasan rumput napier dan masih memiliki 10.75 ekar tanah milik sendiri yang bakal dijadikan padang ragut.
DISKRIPSI PROJEK

Aktiviti utama yang dilakukan adalah membeli ibu, anak kambing dara dan jantan baka untuk dibiakkan/ ternak sendiri.Kambing-kambing dijual terutama untuk musim perayaan, akikah, qurban dan baka.
PEMASARAN SEMASA.
1. Untuk akikah, Qurban, Hari perayaan. (Harga RM15.00/kg
2. Penjual daging kambing harian / pasar.
3. Pemborong / pembekal.
4. Pemasaran tahi kambing sebagai baja organik.
KEMUDAHAN SEDIA ADA.
1. Kemahiran teknikal, pengurusan ternakan dan pemasaran.
2. Tanah/kawasan milik sendiri dan isteri - 12.5 ekar.
3. Tiga buah kandang yang memuatkan lebih 500 ekor kambing keseluruhan.
4. Kemudahan bekalan air, elektrik dan telefon.
5. Hubungan bersama pelanggan mesra dan akrab.
6. Pasture / Fodder
7. Bekalan benih rumput napier.
8. Peralatan dan perubatan.
9. Khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
10. Ujian, rawatan dan langkah-langkah pengawalan penyakit
11. Kawalan mutu " Body Standard" diamalkan.

No comments:

Post a Comment