Wednesday, October 28, 2009

Projek

TERNAKAN KAMBING KOMERSIAL ( FIDLOT)

FASA 1: Mula pada 29.9.2001 ( 4 ekor kambing katjang)

Lokasi : TN 134 Jalan Bukit Payung, Taboh Naning, 78000 Alor Gajah, MelakaSaiz Kandang: Kandang 1 - 16 ka. X 35 ka
Kandang 2 - 40ka. X 90 ka..
Kandang 3 - 40ka X 75ka.
Jumlah kambing terkini: 590 ekor
Keluasan Tapak: 1.75 ekar.
Keluasan rumput napier Taiwan : 3.5 ekar

FASA 2: Mula pada 1 November 2007

Lokasi : Solok Serban Hijau, Mukim Sg. Siput, 78000 Alor Gajah, Melaka
Saiz Kandang: Kandang 4 - 40 ka. X 100 ka
Kandang 5 - 40ka. X 90 ka..
Kandang 6 - 24ka X 120ka.
Jumlah kambing terkini: 499 ekor (ibu)
Keluasan Kawasan: 11 ekar.
Keluasan telah di tanam rumput napier Taiwan : 5 ekar

FASA 3: Bermula pada Jun 2009.

Kadang 7: 40ka. X 180 ka.
Kandang 8: 24ka x 120 ka.
Jumlah kambing pada akhir 2009 ditingkat menjadi 2,500 ekor

KESELURUHAN:Jumlah kambing terkini (Januari 2008) : 970 ekor
Keseluruhan kawasan: 15 ekar (Milik sendiri)
Jenis Baka: Boer 265 ekor
Kacukan jamnapari, katjang, jermasia, anglo nubian - 705 ekor.

Kursus yang dijalankan

Kepada penternak-penternak kambing, Abhalim Samiah Goat Farm menyediakan kursus mengenai pengurusan kambing. Slot slot yang akan diberikan dalam kursus tersebut adalah:

KURSUS YANG BERKENAAN:

*Kursus Ternakan Kambing Boer 2003 anjuran RISDA.
*Kursus Pengurusan Perniagaan Tani 2001 anjuran INTAN
*Belajar melalui internet – Universiti Missippi, Langston, Nevrasca, Kingston. Alberta, New Casstle dan Rancher di Amerika dan Australia.

KEPAKARAN DAN KEMAHIRAN:

1. Pengurusan Ternakan kambing komersial

2. Pengurusan Baka dan Pembiakan

3. Pengurusan kesihatan , penyakit dan parasit

4. Pengurusan Anak dan pembesaran.

5. Pembinaan kandang.

6. Perancangan strategik ternakan kambing.

7. Perancangan kos.

8. Pengurusan makanan dan pemakanan.

9. Pengurusan pastura dan foder.

10. Pengurusan pemasaran

11. Memberi kursus, ceramah, seminar, khidmat nasihat, rujukan,bimbingan, motivasi.Pengurusan anak-anak kambing yang baik

ANUGERAH YANG DITERIMA:


1. Usahawan Jaya Ternakan (Ruminan) 2005 Peringkat Negeri Melaka.

2. Usahawan Top-Ten Tunas Mekar 2007

3. Usahawan Jaya Pilihan Mara 2007.

PESERTA KURSUS DARI:


1. RISDA

2. Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan

3. Institut Pengurusan Melaka (IMM)

4. Siswazah Universiti.

5. Program Tunas Mekar6. Felda

7. Penternak Perseorang.





Projek kami sering menjadi tumpuan lawatan, kajian siswazah, usahawan dan jabatan kerajaan


Pada 19 April 2007, Malaysian Technical Cooperation Programme(MTCP) yang mengadakan ‘International Training Programme bersama negara-negara dunia membangun dan juga turut disertai Australia telah membuat lawatan ke kandang kambing Tn Hj Ab Halim. Lawatan ini merupakan salah satu dari rancangan RM9 negara Malaysia di dalam sektor pertanian. Salah satu dari acara mereka adalah lawatan ke Kandang Kambing yang terletak di kawasan rumah kami. Lawatan itu dirasmi oleh Pengarah Risda dan dihadiri oleh beberapa orang kakitangan Risda. Seramai 40 delegasi dari pelbagai negara menyertai lawatan ini.




Latar Belakang

Bermula pada 29 September 2001, saya hanya memiliki 4 ekor kambing sahaja iaitu 3 ekor betina dan 1 ekor jantan. Hasil pembiakan dan kacukan yang dihasilkan, kini saya telah mempunyai sebanyak kira-kira 700 ekor kambing termasuk dari baka kacuk Jamunapari, Boer, Anglo Nubian dan Katcang (kambing kampung).Sejak 1 1/2 tahun kebelakangan ini projek ini telah berkembang pesat sehingga diketahui oleh ramai pihak dan jabatan-jabatan yang berkaitan malah pernah dikunjungi oleh pelancong luar negara.Semua kambing-kambing dipelihara secara separa intensif. Kini saya memiliki 2.5 ekar kawasan rumput napier dan masih memiliki 10.75 ekar tanah milik sendiri yang bakal dijadikan padang ragut.
DISKRIPSI PROJEK

Aktiviti utama yang dilakukan adalah membeli ibu, anak kambing dara dan jantan baka untuk dibiakkan/ ternak sendiri.Kambing-kambing dijual terutama untuk musim perayaan, akikah, qurban dan baka.
PEMASARAN SEMASA.
1. Untuk akikah, Qurban, Hari perayaan. (Harga RM15.00/kg
2. Penjual daging kambing harian / pasar.
3. Pemborong / pembekal.
4. Pemasaran tahi kambing sebagai baja organik.
KEMUDAHAN SEDIA ADA.
1. Kemahiran teknikal, pengurusan ternakan dan pemasaran.
2. Tanah/kawasan milik sendiri dan isteri - 12.5 ekar.
3. Tiga buah kandang yang memuatkan lebih 500 ekor kambing keseluruhan.
4. Kemudahan bekalan air, elektrik dan telefon.
5. Hubungan bersama pelanggan mesra dan akrab.
6. Pasture / Fodder
7. Bekalan benih rumput napier.
8. Peralatan dan perubatan.
9. Khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
10. Ujian, rawatan dan langkah-langkah pengawalan penyakit
11. Kawalan mutu " Body Standard" diamalkan.